Tuesday 1 March 2011

PENGALAMAN SAYA MENUNAIKAN UMRAH




UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN ARAU

CTU 551

PENGALAMAN SAYA
MENGERJAKAN UMRAH


NAMA : RADIN ATIKAH BT OSMAN
NO MATRIK : 2010248316
NAMA USTAZ : USTAZ.ABD AZIZ BIN HARJIN







ISI KANDUNGAN
BIL
BUTIR
1
ABSTRAK
2
JADUAL PERJALANAN
3
PENGALAMAN










ABSTRAK
Assalammualaikum.Pada cuti pertengahan semester yang lepas, kami menerima tugasan dari ustaz untuk mencari maklumat tentang apa-apa yang berkaitan dengan islam. Pada mulanya saya memilih tajuk tokoh dan tokoh yang ingin saya temuduga itu ialah ustaz yang mengetuai rombongan umrah semasa saya mengerjakan umrah pada 3 tahun yang lepas.Tetapi ustaz mencadangkan supaya saya menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di tanah suci. Jadi,saya memilih untuk menceritakan pengalaman saya mengerjakan umrah.  Sebelum itu, setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada ustaz terhadap bimbingan yang telah diberikan dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada kakak saya, Pn.Nurulhuda yang telah membantu saya mencari maklumat dan mengingati kembali apa yang telah kami lalui sepanjang menunaikan umrah.Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Dengan bantuan anda semua barulah saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Saya menunaikan umrah bersama-sama dengan kakak dan mama saya pada bulan September tahun 2007.Pada waktu itu, saya berumur 16 tahun. Saya amat bersyukur dan berbesar hati kerana saya dipilih untuk menjadi tetamu ALLAH dan dapat menunaikan umrah pada usia yang muda. Disamping mengerjakan umrah, kami juga pergi melawat pelbagai tempat.Antaranya, tempat-tempat bersejarah, ladang kurma, ladang unta, pasar kurma dan lain- lain lagi.
Saya amat bertuah berbanding orang lain yang masih belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Pengalaman berada di tanah suci merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Pernah berada di tanah suci membuatkan saya sentiasa rindu untuk kembali ke sana. Mungkin umat islam yang pernah menjejakkan kaki ke sana memahami bagaimana perasaan saya. Berada di sana membuatkan saya merasa dekat dengan ALLAH S.W.T dan dekat dengan kekasih ALLAH,Muhammad.Satu perasaan yang unik dan sukar nak diluahkan dengan kata-kata.Walaupun sudah 3 tahun berlalu, perasaan itu masih dapat dirasakan.


















JADUAL PERJALANAN
Hari 01    Kuala Lumpur – Madinah
Jemaah diminta berhimpun di lapangan terbang KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Sebaik sahaja tiba di Madinah para jemaah akan masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.
Hari 02    Madinah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi maqam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a  dan seterusnya Perkuburan Baqi.
Hari 03    Madinah
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Jumaat, bukit uhud,Masjid Qiblatain,seterusnya ke ladang kurma.
Hari 04    Madinah  – Makkah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa melawat  Ladang Tenusu Unta di Madinah. Jemaah diminta mandi sunat ihram dan ziarah wida` selepas balik dari  ziarah. Selepas makan tengah hari pakai pakaian ihram di bilik penginapan kemudian berangkat ke Makkah al Mukarramah.Dalam perjalanan singgah di Masjid Bir Ali untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah.Sampai di Makkah naik ke bilik masing-masing. Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
Hari 05    Makkah
Bebas
Hari 06    Makkah
Selepas sarapan pagi,aktiviti bebas untuk jemaah.Selepas makan tengahari jemaah dibawa melawat ke Bandar Jeddah seperti Persisiran Laut Merah, Masjid Baghdadiah(Masjid Qisas),Plaza Qurnish,Makam Siti Hawa  dan Masjid Terapung.Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh membawa pakaian ihram dan berniat umrah di masjid terapung (masjid rahmah).Selepas makan malam,jemaah berangkat pulang ke hotel penginapan di Makkah.
Hari 07    Makkah
Selepas sarapan jemaah akan ziarah muzium purba di Aziziah seterusnya bermiqat umrah di Jaranah
Hari 08    Makkah
Selepas sarapan jemaah akan dibawa menziarahi Ladang Tenusu Unta, Muzium Kaabah(tolong ambil permit masuk muzium) dan seterusnya bermiqat di Hudaibiyah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
Hari 09    Makkah
Selepas sarapan jemaah akan dibawa menziarahi ke Perkuburan Maala dan bermiqat umrah di Tanaim. Semasa perjalanan pulang, jemaah akan dibawa menziarahi Perkuburan Saidatina Maimunah r.a di Nawariyah.
Hari 10    Makkah
Selepas sarapan, para jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah Jabal Rahmah, Nameirah, Mina Jamarat Muzdalifah, Jabal Noor dan seterusnya bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
Hari 11     Makkah-Jeddah-Kuala Lumpur
Selepas solat zohor/asar,jemaah diminta mengerjakan Tawaf Wida dan seterusnya berangkat ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk pulang ke tanah air.












Di atas adalah jadual perjalanan secara kasarnya.Pada mulanya kakak ingin membawa abang saya tetapi dia menolak. Mungkin dia belum bersedia,jadi kakak mempelawa saya. Saya bagai pucuk dicita ulam mendatang,terima pelawaan kakak. Semua perbelanjaan ditanggung oleh kakak. Seperti biasa, sebelum pergi ke sana, keluarga membuat sedikit kenduri dan ramai orang yang bersedekah. Ada juga yang berpesan supaya kirimkan salam kepada Rasulullah dan para sahabat. Pada mulanya saya sedikit ‘nervous’ sebab ramai yang suruh kirimkan salam.jadi,saya takut saya terlupa. Tapi semuanya berjalan dengan lancar.Kami memilih untuk pergi ke sana di bawah bimbingan Bahrulmazi Travel & Tours.Penerbangan kami dari Pulau Pinang ke KLIA ialah selepas subuh. Jadi, untuk mengelak terlepas penerbangan,kami bertolak sebelum subuh dan bersolat subuh di Lapangan Terbang Pulau Pinang.Penerbangan mengambil masa selama 45 minit. Setibanya kami di sana, kami terpaksa menunggu ketibaan Jemaah-jemaah lain. Setelah semuanya sampai, pihak Bahrulmazi menguruskan passport,tiket dan lain2 yang berkaitan. Kami bertolak pada waktu petang denagn menaiki MAS.Penerbangan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 9 jam.Setibanya disana kami menaiki bas menuju ke hotel penginapan.Semasa kami pergi, Madinah mengalami cuaca panas.
Pada keesokan harinya, kami dibawa menziarahi makam Rasulullah dan perkuburan Baqi’.Dari hotel, kami cuma perlu berjalan kaki untuk ke sana. Makam rasulullah terletak di dalam masjid nabawi. Selain itu, di sisi makam baginda, terdapat makam Abu Bakar As-siddiq dan umar Al-khattab.Sebelum masuk ke dalam masjid nabawi, kami berhenti di perkuburan baqi’ dahulu untuk memberi salam kepada ahlul bait dan para sahabat. Perkuburan baqi’ terletak di luar masjid nabawi.Kemudian kami terus masuk ke dalam masjid.Kami dibahagi mengikut Negara sebelum dapat masuk ke kawasan makam.Suasana di makam baginda sangat sesak dengan Jemaah dari seluruh pelosok dunia.Di luar kawasan makam, ada lagi petugas yang menjaga dan melepaskan Jemaah masuk sedikit demi sedikit kerana terlalu ramai.Kami berpeluang untuk solat sunat di situ.saya merasa sangat terharu kerana berpeluang untuk berada di makam kekasih ALLAH. Ya ALLAH, bertuahnya saya menjadi tetamuMU.
Kemudian pada keesokan harinya kami dibawa menziarahi sekitar madinah dengan menaiki bas. Kami melawat masjid-masjid yang bersejarah seperti masjid Qiblatain,masjid jumaat. Masjid quba’, dan ladang kurma.Di ladang kurma, kami membeli-belah produk berasaskan kurma yg di pelbagaikan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Seperti coklat kurma,biskut kurma dan lain-lain lagi. Kami juga ada melalui masjid jin tetapi tak singgah.Kami juga menziarahi bukit uhud dimana berlakunya perang paling berdarah iaitu perang uhud. Di situ terdapat makam para syuhada’ yang di makam kan sekali.
Pada hari ke-4 iaitu hari terakhir kami di madinah, kami dibawa menziarahi ladang unta. Dan kami dapat merasa susu unta ‘fresh’. Susu unta sedap, tidak hamis dan ianya berbuih-buih. Tetapi tak boleh minum banyak kerana susu unta panas.sedikit pun dah cukup. Susu unta dipercayai dapat mencuci darah kita. Kemudian kami balik ke hotel untuk kemaskan barang dan memberi salam selamat tinggal kepada Rasulullah dan para sahabat. Kemudian kami bertolak ke makkah al-mukarramah. Dalam perjalanan,kami singgah di bir ali untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Malam baru sampai di tanah suci makkah tetapi kami tidak naik ke bilik,kami terus masuk ke masjidilharam dan menyempurnakan ibadah umrah kami yang pertama. Perasaan saya pertama kali menjejakkan kaki ke dalam masjidilharam tak dapat digambarkan. Teruja bercampur takut,gementar,gembira,sayu, semua menjadi satu. Sukar nak percaya bahawa kaabah berada di depan mata saya. Rasa teramat sayang kepada Islam apabila melihat kaabah. Setelah itu,kami pulang ke hotel yang jaraknya hanya 5 minit berjalan kaki.
Pada hari seterusnya kami bebas melakukan aktiviti sendiri. Ada yang melakukan umrah,pergi bermiqat sendiri. Kami mendapat 6 kali umrah percuma. Kalau nak buat lebih,Jemaah kena pergi bermiqat sendiri dengan menaiki teksi. Saya,kakak dan mama memilih untuk beribadah di dalam masjidilharam. Kami melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. Kemudian kami pergi membeli belah untuk saudara mara di Malaysia di sekitar masjidilharam di mana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti Al-quran,kitab,jubah dan lain-lain lagi. Kami juga sempat menelefon ke Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan kedai telefon yang menyediakan bilik-bilik kecil yang ada telefon untuk Jemaah-jemaah menelefon ke Negara masing-masing.Masjid Kucing juga berada berdekatan dengan masjidilharam. Dipercayai bahawa Jemaah Malaysia yang memberi nama itu tetapi tak dapat dipastikan kenapa.
  Di makkah kami berkongsi bilik dengan 3 orang lagi nenek iaitu arwah tok chik,tok long dan tok lang. sepatutnya arwah tok chik tidak sebilik dengan kami tetapi dia berkeras mahu duduk sebilik dengan kami. Kata arwah, kami menjaganya. Saya sangat kagum dengan arwah,arwah Nampak tak kuat tetapi cekal melakukan ibadah. Kami sempat melakukan ibadah puasa di sana. Semasa bertarawih,arwah solat penuh 23 rakaat. Di Sana, imam baca juzuk demi juzuk. Panjang-panjang satu rakaat tu. Walaupun mulut arwah kata ‘ALLAH..tak larat dah’.tetapi arwah tetap habiskan 23 rakaat. Ada Jemaah yang memakai kerusi tetapi arwah tidak.Saya sangat-sangat kagum dengan semangat arwah.
Hari seterusnya kami dibawa menziarahi sekitar Jeddah. Kami dibawa ke Plaza Qurnish, pesisiran pantai laut merah(makan di tepi laut),masjid terapung(masjid rahmah), dan makam siti hawa. Angin di tepi laut merah boleh dikatakan kuat.Seingat saya, air laut merah suam-suam kuku. Plaza qurnish sama seperti plaza-plaza yang ada di Malaysia. Bagi Jemaah-jemaah wanita, mereka tidak melepaskan peluang untuk membeli beg tangan berjenama di mana harganya lebih murah berbanding di Malaysia.
Keesokan harinya, kami melawat muzium purba di aziziah.Di situ terdapat baju-baju besi, pedang dan lain-lain lagi yang digunakan untuk berperang.Muzium itu tidaklah besar.Hanya bersaiz seperti sebuah rumah.Di situ juga ada terdapat gambar capal Rasulullah.Seterusnya kami ke jaranah untuk bermiqat.
Pada hari ke-8, para Jemaah dibawa ke muzium kaabah.Disitu terdapat barang-barang yang berkaitan dengan kaabah. Seperti mesin menjahit kain yang melitupi bumbung kaabah,pintu kaabah, tiang kaabah dan lain-lain lagi. Selepas itu kami bermiqat di hudaibiyah.Kami sempat merasa berpuasa di makkah.Suasananya sangat berbeza. Orang di sana kurang makan berbanding kita di Malaysia dimana begitu banyak juadah berbuka puasa. Mereka hanya berbuka puasa dengan tamar dan air halia,kemudian solat maghrib,isya’ dan trus tarawih. Selepas itu baru menjamah makanan lain. Sepanjang jalan dari safa ke marwah, penuh orang di tepi-tepi laluan bersedekah tamar dan air halia. Di sepanjang jalan di deretan kedai-kedai pun ada yang bersedekah tamar. Mereka akan panggil kita untuk ambil atau datang beri pada kita. Tak perlu beli makanan. Solat tarawih pula,imam baca juzuk demi juzuk. Ada yang solat sambil memegang Al-Quran pun ada. Pelbagai cara dan gaya. Mengikut mazhab masing-masing.
  Esoknya kami dibawa menziarahi perkuburan maala dimana terletaknya makam siti khadijah  ummul mukminin. Dan yang uniknya,hanya di makam siti khadijah saja yang tumbuh pokok setinggi lebih kurang kanak-kanak berumur  5 tahun. Di sana ada peniaga yang menjual makanan burung yang berharga 1 riyal sebungkus, disebabkan terdapat banyak burung-burung yang berkeliaran berterbangan di sekitar kawasan perkuburan tersebut. Gelagat burung-burung berkenaan telah menarik perhatian para Jemaah lalu mendorong mereka untuk membeli makanan burung itu dan secara tidak langsung menjana pendapatan peniaga-peniaga. Dari apa yang saya lihat, ramai warga Indonesia bermukim di sana. Mereka juga fasih berbahasa arab. Kemudian kami dibawa menziarahi makam saidatina maimunah iaitu isteri kepada Rasulullah S.A.W. menurut ustaz yang mengetuai rombongan kami, sebelum makamnya ditemui kerajaan hendak membina jalan di situ,tetapi jentera yang digunakan rosak. Walaupun dah diperbaiki, ia akan rosak setiap kali mereka hendak memulakan kerja pembinaan jalan. Kemudian, ada ulama’ Arab yang mandapat mimpi bahawa di situ terletak makam saidatina maimunah. Setelah mereka membina tembok yang mengasingkan kawasan makamnya,baru la jentera boleh berfungsi.
Pada hari ke-10, kami di bawa menziarahi jabal thur dan gua hira’.Tetapi kami hanya berada di kaki gunung sahaja.Kemudian kami ke jabal rahmah.tetapi kami hanya berada di bawah.Ramai yang bersolat sunat di atas.Saya sempat menunggang unta. Itu pun kerana anak(rania) ustaz khairi yang mengetuai rombongan kami  berkeras nak menunggang unta. Disebabkan rania masih kecil, ustaz minta saya tunggang bersama rania.Rezeki saya agaknya. Kemudian, dengan menaiki bas kami dibawa mengelilingi padang arafah dan mina. Di sekitar padang arafah ada terdapat banyak pancutan air yang saya difahamkan berfungsi untuk mengurangkan kepanasan di musim haji. Tetapi telah dinyatakan bahawa pada hari arafah, padang arafah adalah tempat yang paling panas di atas dunia. Ustaz khairi juga ada mengatakan bahawa pada musim haji mina akan membesar dan mengembang sepertimana perut ibu yang mengandung. Saya lihat di situ terdapat banyak khemah-khemah yang didirikan untuk kegunaan para Jemaah haji.
  Pada hari terakhir,para Jemaah melakukan tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal dan dinasihatkan untuk berjanji di dalam hati,kalau berkemampuan kami akan kembali. Kemudian kami berangkat ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk berangkat pulang ke Malaysia.Walau bagaimanapun, penerbangan kami tergendala beberapa jam kerana berlaku sedikit masalah.Kami sampai di Malaysia pada keesokan pagi. Kemudian, kami terpaksa menunggu penerbangan ke pulau pinang pula. Kami sampai di Malaysia selepas Maghrib dan di sambut oleh sanak saudara di lapangan terbang pulau pinang. Alhamdulillah kami selamat mengerjakan ibadah umrah selama 13 hari.